Wednesday, April 12, 2017

Galakkan Pertuturan Dengan Sensory Play



  •       Saya percaya sudah ramai ibu bapa telah mempunyai kesedaran tentang Messy Play ini.  Kadang-kadang tanpa ibu bapa sedari,, kebanyakan aktiviti-aktiviti yang sudah dipraktikkan oleh anak-anak sememangnya messy play yang memang memberi pendedahan sensori kepada anak-anak di mana ia memberi impak positif terhadap perkembangan anak-anak semua.  Tapi kali ini saya ingin menekankan topic ini untuk anak-anak yang lambat perkembangan samada dengan diagnos atau tanpa diagnos. Ia mungkin dapat dilihat seawal setahun setengah, contohnya tidak mempunyai perkataan yang mempunyai maksud apabila berkomunikasi. Selain itu, anak-anak tidak menunjukkan komunikasi sihat dan lebih cenderung tantrum apabila inginkan sesuatu.

1   Apa itu Sensory Play?
Sensory play  ini juga dikenali sebagai “Messy Play”. Secara spesifiknya Sensory Play ini adalah salah satu pendekatan menggunakan cara bermain sambil itu melibatkan penglihatan, pendengaran, hidu, sentuhan, rasa, keseimbangan dan pergerakan. Sensory play ini amat diperlukan oleh semua peringkat umur kanak-kanak dan ia memberi peluang dalam membina komunikasi dan kosa kata.  Beberapa cadangan Sensory Play ialah bermain dengan beras yang berwarna warni, pasta kering (yang belum dimasak), dan bermain air ( tuang, campur, dan memindahkan cecair dari satu bekas ke bekas lain). Mudahkan??? Semuanya ada di dapur anda. Yeayyy!!
2   Bagaimanakah Sensory Play boleh meningkatkan pertuturan?
Apabila kanak-kanak terlibat dalam sensory play, mereka akan menerima input dan belajar tentang persekitaran mereka. Seperti yang kita tahu, kanak-kanak memang bergantung kepada sensori input untuk belajar, sensory play member waktu yang ideal untuk memberi fokus terhadap pertuturan dalam konteks yang lebih bermakna, di mana sangat penting untuk mempelajari pertuturan di peringkat awal.
3         Bagaimanakah untuk menyediakan Sensory play?
Sensory play tidak semestinya kompleks dan memerlukan banyak bahan. Di sini saya ade beberapa cadangan bagaimana Sensory Play membantu.

Pertama – Meluaskan kosa kata (sesuai untuk kanak-kanak 18bulan dan ke atas)
Semasa Sensory Play, kita akan bercakap mengenai·        nama bahan-bahan yang digunakan(tepung, beras, air dll)
·        bagaimana rupa bahan-bahan tersebut (berdebu, cair, pekat,)
·        bagaimana rasa apabila disentuh? (lembik, basah)
·        bagaiman rasanya dengan lidah (untuk sesuatu yang boleh dimakan)?
·        bagaimana bau nya?
·        Bagaimana cara die bergerak (mengalir, baouncing, bergolek, dll)
·        Bagaimana bunyinya? (tiru bunyi itu dengan suara cth: shhuuuu, tik tik, dll)
·        Boleh juga diselitkan apakah perbuatan yang terlibat (kacau, tuang, meramas)
Jika anak-anak sudah mula bercakap walaupun terhad satu atau dua perkataan, kita boleh selitkan sesi 'tunggu dan dengar' terhadap apa-apa yang keluar dari lisan mereka. Masa inilah mereka akan belajar banyak kosa kata.
Kedua- Main olok-olok

Kali ini,, kita akan bermain sambil berdialog di mana masing-masing akan mempunyai watak dan peranan. Ia juga boleh dipraktikkan dengan bermain dengan model permainan. Contohya situasi BOMBA menyelamat rumah terbakar. Mereka akan bercerita dan mengeluarkan bunyi. Ia akan membentuk satu story line dalam fikiran mereka dan mula meluahkan melalui pertuturan.

Ketiga – Interaksi
Sensory Play ini memerlukan kanak-kanak bermain dengan kawan-kawan atau adik beradik yang hampir dengan usia mereka. Kali ini, mereka akan mempraktikkan kemahiran bertuturan dan secara tidak langsung akan mempelajari perkataan-perkataan yang baru. Adalah lebih baik kita memantau aktiviti ini bagi menekankan sikap sopan santun dalam berbahasa terutamanya sewaktu berkongsi, haruslah menunggu giliran dan meminta dengan cara yang baik.


Mudah bukan? Bagi kanak-kanak yang selari dengan perkembangan ,mungkin Sensory play ini sudah ada sewaktu mereka bermain, contohnya memijak rumput di padang, memegang pasir di halaman, bermain air sewaktu mandi dan sebagainya.
Walaubagaimanapun,, bukanlah yang lambat perkembangan itu tidak terlibat dalam Sensory play. Mungkin, Sensory play yang dipraktikkan tidak mempunyai struktur yang baik untuk mereka belajar. Maksud nya, memerlukan sokongan dan bantuan ibu bapa untuk mengajar mereka.


Ada juga anak-anak yang tidak selesa dengan bermain kotor, oleh itu mungkin galakan yang diberi oleh ibu bapa itu menjadikan mereka lebih terbuka untuk mencuba.


Apa-apa pun,, untuk spesifik terhadap masalah pertuturan bagi anak-anak yang jelas lambat dalam pertuturan haruslah mendapat nasihat dari beberapa pakar kerana masalah pertuturan itu adalah disebakan kurang tumpuan, masalah sensory dll. Hal ini harus menjalani beberapi ujian bagi mengenalpasti masalah sebenar. Anda bole hubungi doktor pediatrik, Occupational therapist dan juga terapis pertuturan.

Selamat maju jaya semua.

~nukilan teacher Betty~

     SENSATION STATION OT CENTRE

Thursday, December 17, 2015

freeLanCe pHysioTheraPy

assalamualaikum,,

negara kita dah makin maju, 
sejajar dengan perubatan yg makin mudah dan efisyen

berakhirnya tahun 2015 ni, genap lah 4 tahun aku menjalankan perkhidmatan freelance (locum) in occupational therapy, atau lebih di fahami homebased treatment therapy.

alhamdulillah, segala penat lelah sangat berbaloi,, bila kita dapat tengok progression pesakit yg makin positif dari hari ke hari.

selain ilmu,, kerja tu mestilah dari hati yg iklas..
insyaallah semua nya akan berjalan lancar..

sebelum ni aku hanya bergerak solo,
kini,  pada tahun 2016 insyaallah ditambah lagi satu cabang freelance iaitu,, 
bidang physiotherapy

jgn salah paham ye,, bukan nye aku ni occupational therapy nak buat keje physiotherapy, ok..
akan ade qualified physiotherapist yg akan menjalankan servis ni,...
so,, jangan risau .. pasti nya ia selamat dan mengikut procedur yg ditetapkan..

so,, jgn segan silu ntuk bertanya tentang servis ini dengan lebih lanjut..

betty: 019-6493893

Thursday, December 3, 2015

program semarak kasih 2015

ni first time aku join support group program
itu pon jadi pensyarah pengiring ntk pelajar2 kami jadi volounteer
tahun ni program ni sgt best sebab buat kat cameron highland..
so, leh la merasa jalan2 dgn bajet yg lebih murah


program ni sgt bagus..
sebab isertai oleh ibu bapa yg mempunyai anak2 syurga
so, program ini memberi suntikan semangat pada ibu bapa supaya jangan berputus asa dalam membesarkan anak2 syurga ni

disamping itu,, ibu bapa diberi peluang untuk bercti dimana anak2 istimewa akan dijaga oleh volunteer..
sementara anak2 dijaga,, anak2 ini akan menjalan kan aktiviti2 berfaedah yang dianjurkan oleh pihak penganjur dan dibantu oleh para volunteer..

seronok memang seronok program ni
kita dapt share pengalaman ib bapa dalam handling anak2 istimewa ini..

sepanjang 3 hati 2malam di sana,,
apa yg aku leh simpulkan di sini,,
mmg anak syurga itu istimewa,, dan itu lah jalan ke syurga untuk ibu bapa mereka..

2015

salam semua..

dah hampir penghujung ahun 2015 dah ni..
sampai blog pon xsempat update..

2015..

byk memory indah pada tahun ni
mungkin tahun ni adelah tahun yg luck bagi aku kot..
alhamdulillah syukur ya Allah
syukur kerana dipermudahkan urusan,
di beri jalan ke pintu rezeki yang lebih luas

bermula nye 2015,, 
tirai dibuka 1/1/15 dengan kenduri kecil kecilan bagi majlis pertunangan aku ng si dia
walaupon mase tu di sambut dengan hati yg hiba kerna si dia baru sahaja kehilangan ibunda tercintanya 7/12/14.. beberapa hari sebelum pertunangan kami..
mase tu jugak la banjir besar menimpa negeri kelantan.. 
sehingga kan risau takut majlis pertunangan terpaksa dibatal kan gara2 jalan yg xleh dilalui untuk rombongan pihak lelaki..
tapi alhamdulillah,, semua nya selesai dan berjalan lancar.. 
perjalanan rombongan selamat datang dan balik.. dan cuaca yg panas2 manja pada hari tersebut..
syukur sgt2..



then, after 18 bulan bergelar full time freelance occupational therapy, aku dapat la keje sebagai pensyarah di PICOMS (Pusrawi International College Of Medical Sciences) pada april 15..

semuanya berjalan lancar,, alhamdulillah

sekarang ni hidup yg sibuk dengan kerja sebagai pensyarah cum pengajar klinikal di pusrawi.. weekend pulak masih menjalankan freelance occupational therapy..

ape2 pon,, semoga dipermudahkan semuanya. 

Thursday, August 7, 2014

kids manner

assalamualaikum
selamat hari raya semua
maaf zahir bain dari betty
kosong kosong eh..

dah selesai pon cuti beraya di kampung,,
well dah settle 3 hari bekerja
alhamdulillah,, raya kali ni meriah semacam
sampai rendang, lodeh, ketupat nasi, ketupat palas, lemang, tapai, lodeh,, termasuk kuih raya 23  jenis habis..
alhamdulillah jugak,, sbb xde la membazir kan??

kali ni betty sedikit sebanyak nak memberi pandangan terhadap approach dalam mendidik anak2..
zaman betty kecik2 dulu,, ibu bapa semua nya tegas and garang..
rotan setiap rumah gerenti lunyai kat hujung sebab makan habuan kat betis anak bile buat salah
termasuk lah rotan kat umah aku dulu..
dengan tujuan mendidik anak2 dengan tegas dan disiplin
approach nye senang je..  3 steps

- kesilapan kali pertama : menegur dengan tegas, termasuk menerangkan sebab dan akibat
- kesilapan kali kedua: marah dan denda/hukuman cth nya: no tv for that nite, xleh kuar main sbb kene sapu laman dsb
- kesilapan kali ketiga : jeling dan rotan.. no bebel2

aku terkilan jugak lah, segelintir tetamu yg ade anak kecil lingkungan 2 - 12 tahun yang mmg poor behavior.. dengan erti kata lain mmg xleh duduk diam

sebagai OT, semua special kid aku akan terap kan sitting behavior dulu.. sbb mmg masalah kl xleh duduk ni.. cam mane nak makan?? cam ne nak belajar dalam kelas?? cam mane nak involve group and community?

sebagai tuan rumah,, nak tegur pon x sampai hati,,ibu bapa pulak,, main biar je anak2 membuas di rumah orang sampai pecah pasu, tumpah air atas karpet, pokok bunga sampai botak, flush toilet pecah.. dengan alasan,, 'biase lahh budak2'.. oiii,, kl budak budak  x kan nak tunggu tua baru nak didik?? pastu rumah org tu tempat untuk dirosakkan ke?? orang lain pon sayang rumah macan kamu jugak..

nak tegur anak bukan mase kat umah orang,, tp ajarlah anak sebelum pergi umah orang..
elok2 bertandang ke rumah sahabat handai untuk mengeratkan silaturrahim,, x pasal2 tuan rumah bengkak hati tengok itu ini pecah, tunggang langgang,, sofa dipijak2,, meja kaca diketuk2..

terus terang aku cakap,,kebanyakan anak yg datang memang x boleh duduk di kerusi wpon hanya 5minit.. mungkin x pernah di ajar adab ke rumah org mungkin..

kanak2 istimewa yg aku train lagi bagus sitting behavior and table manner dari budak ni

k lah.. itu sahaja coretan kali ini..

-tuan rumah yg kecik hati and dah banyak duit habis baiki itu ini-

Wednesday, July 16, 2014

occupational therapy: autism

Ini hanyalah coretan pendek



Ingin dikongsikan disini.. kanak2 berumur 4 tahun harus diberi pendedahan tentang pembelajaran dari segi persediaan untuk ke sekolah pada tahun yang berikut nya. Contohnya, tingkahlaku, disiplin, fokus dan tumpuan, motor halus dan motor kasar, socialization, mengenal objek ringkas, dan juga pertuturan. Dan yang paling penting adalah aspek tingkah laku dan tumpuan. Di mana kanak2 perlu berdisiplin dan mengikut arahan guru semasa di pusat asuhan. Itu sgt penting. Sebab apa? Sebab tumpuan dan tingkah laku perlu diterapkan pada umur sebegini agar kanak2 dapat memahami ape yg dipelajarai nati dengan lebih baik.



Kanak2 berumur 4 tahun hanya perlu tahu bersosial dengan adab yang baik, contohnya bersalaman dgn guru dan ibu bapa, bertutur dengan baik dan adab, mengucapkan terima kasih, bye bye, good morning, ucapan salam dan sebagainya.



Pengenalan huruf dan nombor bermula pada umur 5 tahun. Jadi, 4 tahun itu adalah waktu pendidikan lebih kepada moral dan EQ..



Saya terkejut bila di tanya oleh parent of 4 years old autistic child, "bila anak saya nak pandai buat tambah (operasi +)?? "Im speechless. Adakah patut saya tekankan pembelajaran matematik kepada kanak2 autisma berumur 4 tahun? Kerana setakat ini saya hanya menekankan mengira dengan turutan nombor yg betul dari 1-10, walaupon sepatutnya 1-5 sahaja.

Dont stress ur child so much pleaseee... jz follow normal development. In case of special need kids,, put the concern on what suppose they have to achieve during the respective age..

Sekian.. :)
Coretan occupational therapist

Sunday, May 25, 2014

BeTty'S DeSiGn






Assalamualaikum

Telekung daripada Betty's design ini dikeluarkan secara ekslusif dan terpeinci dari segi kehalusan jahitan dan juga kualiti setiap material yang digunakan.

Ciri-ciri telekung Betty's design:




  • jenis fabrik yang digunakan ialah kain jersey berwarna putih nila yang berkualiti gred AA dan tidak nipis
  • ianya ringan dah sejuk
  • fabrik ini senang cuci walaupon terkena sisa make up.
  • ia juga tidak mudah berbau
  • warna kebiruan kekal lama walaupun kerap dibasuh
  • lining dibahagian kepala sehingga ke bahu bagi keselesaan apabila dipakai tanpa anak telekung
  • potongan bentuk dan jahitan dimuka yg kemas dan rambut tidak akan keluar
  • dibahagian kepala pula dihiasi 3 jenis renda chemical untuk penampilan ekslusif dan kemas
  • renda 'chemical' yang berkualiti tinggi juga digunakan dibahagian bawah hujung telekung dan bahu untuk penampilan yang lebih anggun
  • kain yang cukup labuh (58 inci) bagi menjamin aurat tidak terdedah semasa menunaikan solat
  • fabrik jenis ini tahan lasak dan tidak mudah berbulu, sesuai untuk cucian tangan dan mesinjahitan yang dijamin kemas dan halus memberi kepuasan kepada para pelanggan

Harga: rm195 termasuk pos dan percuma beg ekskluif daripada Betty's design.


Harga istimewa ditawarkan bagi pelanggan-pelanggan terawal
Untuk tempahan, sila wassapp terus ke Betty :019-6493893

sila layari laman facebook Betty's Design: https://www.facebook.com/bettytohome