Wednesday, April 12, 2017

Galakkan Pertuturan Dengan Sensory Play



  •       Saya percaya sudah ramai ibu bapa telah mempunyai kesedaran tentang Messy Play ini.  Kadang-kadang tanpa ibu bapa sedari,, kebanyakan aktiviti-aktiviti yang sudah dipraktikkan oleh anak-anak sememangnya messy play yang memang memberi pendedahan sensori kepada anak-anak di mana ia memberi impak positif terhadap perkembangan anak-anak semua.  Tapi kali ini saya ingin menekankan topic ini untuk anak-anak yang lambat perkembangan samada dengan diagnos atau tanpa diagnos. Ia mungkin dapat dilihat seawal setahun setengah, contohnya tidak mempunyai perkataan yang mempunyai maksud apabila berkomunikasi. Selain itu, anak-anak tidak menunjukkan komunikasi sihat dan lebih cenderung tantrum apabila inginkan sesuatu.

1   Apa itu Sensory Play?
Sensory play  ini juga dikenali sebagai “Messy Play”. Secara spesifiknya Sensory Play ini adalah salah satu pendekatan menggunakan cara bermain sambil itu melibatkan penglihatan, pendengaran, hidu, sentuhan, rasa, keseimbangan dan pergerakan. Sensory play ini amat diperlukan oleh semua peringkat umur kanak-kanak dan ia memberi peluang dalam membina komunikasi dan kosa kata.  Beberapa cadangan Sensory Play ialah bermain dengan beras yang berwarna warni, pasta kering (yang belum dimasak), dan bermain air ( tuang, campur, dan memindahkan cecair dari satu bekas ke bekas lain). Mudahkan??? Semuanya ada di dapur anda. Yeayyy!!
2   Bagaimanakah Sensory Play boleh meningkatkan pertuturan?
Apabila kanak-kanak terlibat dalam sensory play, mereka akan menerima input dan belajar tentang persekitaran mereka. Seperti yang kita tahu, kanak-kanak memang bergantung kepada sensori input untuk belajar, sensory play member waktu yang ideal untuk memberi fokus terhadap pertuturan dalam konteks yang lebih bermakna, di mana sangat penting untuk mempelajari pertuturan di peringkat awal.
3         Bagaimanakah untuk menyediakan Sensory play?
Sensory play tidak semestinya kompleks dan memerlukan banyak bahan. Di sini saya ade beberapa cadangan bagaimana Sensory Play membantu.

Pertama – Meluaskan kosa kata (sesuai untuk kanak-kanak 18bulan dan ke atas)
Semasa Sensory Play, kita akan bercakap mengenai·        nama bahan-bahan yang digunakan(tepung, beras, air dll)
·        bagaimana rupa bahan-bahan tersebut (berdebu, cair, pekat,)
·        bagaimana rasa apabila disentuh? (lembik, basah)
·        bagaiman rasanya dengan lidah (untuk sesuatu yang boleh dimakan)?
·        bagaimana bau nya?
·        Bagaimana cara die bergerak (mengalir, baouncing, bergolek, dll)
·        Bagaimana bunyinya? (tiru bunyi itu dengan suara cth: shhuuuu, tik tik, dll)
·        Boleh juga diselitkan apakah perbuatan yang terlibat (kacau, tuang, meramas)
Jika anak-anak sudah mula bercakap walaupun terhad satu atau dua perkataan, kita boleh selitkan sesi 'tunggu dan dengar' terhadap apa-apa yang keluar dari lisan mereka. Masa inilah mereka akan belajar banyak kosa kata.
Kedua- Main olok-olok

Kali ini,, kita akan bermain sambil berdialog di mana masing-masing akan mempunyai watak dan peranan. Ia juga boleh dipraktikkan dengan bermain dengan model permainan. Contohya situasi BOMBA menyelamat rumah terbakar. Mereka akan bercerita dan mengeluarkan bunyi. Ia akan membentuk satu story line dalam fikiran mereka dan mula meluahkan melalui pertuturan.

Ketiga – Interaksi
Sensory Play ini memerlukan kanak-kanak bermain dengan kawan-kawan atau adik beradik yang hampir dengan usia mereka. Kali ini, mereka akan mempraktikkan kemahiran bertuturan dan secara tidak langsung akan mempelajari perkataan-perkataan yang baru. Adalah lebih baik kita memantau aktiviti ini bagi menekankan sikap sopan santun dalam berbahasa terutamanya sewaktu berkongsi, haruslah menunggu giliran dan meminta dengan cara yang baik.


Mudah bukan? Bagi kanak-kanak yang selari dengan perkembangan ,mungkin Sensory play ini sudah ada sewaktu mereka bermain, contohnya memijak rumput di padang, memegang pasir di halaman, bermain air sewaktu mandi dan sebagainya.
Walaubagaimanapun,, bukanlah yang lambat perkembangan itu tidak terlibat dalam Sensory play. Mungkin, Sensory play yang dipraktikkan tidak mempunyai struktur yang baik untuk mereka belajar. Maksud nya, memerlukan sokongan dan bantuan ibu bapa untuk mengajar mereka.


Ada juga anak-anak yang tidak selesa dengan bermain kotor, oleh itu mungkin galakan yang diberi oleh ibu bapa itu menjadikan mereka lebih terbuka untuk mencuba.


Apa-apa pun,, untuk spesifik terhadap masalah pertuturan bagi anak-anak yang jelas lambat dalam pertuturan haruslah mendapat nasihat dari beberapa pakar kerana masalah pertuturan itu adalah disebakan kurang tumpuan, masalah sensory dll. Hal ini harus menjalani beberapi ujian bagi mengenalpasti masalah sebenar. Anda bole hubungi doktor pediatrik, Occupational therapist dan juga terapis pertuturan.

Selamat maju jaya semua.

~nukilan teacher Betty~

     SENSATION STATION OT CENTRE

Sensation Station OT for Kids - one to one session

Selain Special School Program, centre betty juga masih menawarkan sesi one-to one. Ape tu one-to-one (1:1)? Sesi 1:1 adalah di mana ...