happy nye dapat patient baru ari ni..
anyway, aku selalu happy dapat patient baru..
walaupon penat, tp puas dapat treat patient seikhlas hati.
ape yg aku nak kongsi pada entry kali ni, aku dapat satu special case..
case yg tak pernah aku blajar selama ni..
well, walaupon dah keje kite still kene blajar, blajar and blajar..
case yg aku dapat hari ni adalah diagnose sebagai
Dyke-Davidoff Masson Syndrome
serba sedikit tentang condition ni:
- berlaku sejak lahir
- saiz antara cerebral kanan (otak kanan) dan cerebral kiri (otak kiri) tidak sama, kesan daripada pengecilan atau pembesaran tisu otak.
- penebalan atau penipisan cranial vault (tengkorak kepala)
- kemungkinan besar mengalami seizures (sawan) , mental retarded (terencat akal), schizoprenia.
- physical limitation on one side.. boleh jadi sebelah kiri atau sebelah kanan.. bergantung kepada otak yg bermasalah.
so, kanak-kanak yg aku rawat ini berumur 2 tahun 4 bulan, perempuan dan sangat comel. boleh berjalan, but with little bit awkward walking gait. dalam case ini, kanak2 ini mengalami physical limitation on right side.
pada hari pertama rawatan, beberapa penilaian dijalankan. kanak2 ini bukan mengalami physical limitation due to weakness, but its because of unilateral neglect (abai sebelah badan). maksud nye, kanak2 ni tak nak gune tangan kanan nye sbb die sendiri pon xsedar tangan kanan nye wujud. so, perkembangan tangan kanan nya delay (terbantut).
dalam rawatan, aku menggunakan pendekatan sensory integration approach.. sensory diterapkan pada bahagian badan yg affected untuk improve the propriception (deria sendi). memandangkan kanak2 ini dalam fasa crucial development (perkembangan yg cepat), pendekatan sensory sangat berkesan dalam meransang otak nya.
the treatment of course through playing process.
matlamat rawatan
- improve proprioception
- improve hand function
- improve walking gait
- improve trunk balance
- reduce unilateral neglect
-etc
rawatan2 yg dijalankan
1) ball pool
|
ni la ruoa ball pool |
letak je kanak2 tu dalam ball pool ni.. so die akan menggerakkan seluruh badan nye untuk bergerak..
2) hit the drum
tgk kanak2 di atas, dorg akan gune dua2 belah tangan untuk ketuk drum tu, indirectly this girl use the affected hand. cube demo kat kanak2 tu nak main cam mane, nati die akan ikut ape yg kite buat.
3) throw and catch the ball
semestinya, bola yg besar kene pegang dua2 belah tangan kan?? tak kira la semasa yg baling ke, nak tangkap ke.. so, die akan gune affected hand jugak.
4) joint compression technique and brushing technique.
teknik ni adalah untuk bagi proprioception (joint sense). pastikan kanak2 tu dalam keadaan rilex. kanak2 tu boleh dalam keadaan berbaring, atau pon duduk. terapis akan ajar ibu bapa kepada kanak2 tersebut untuk continue kat rumah.
5) gym ball
byk activity boleh buat dgn gym ball. untuk improve balance, limbs reflex bile nak jatuh n sebagai nye.
6) trampoline
kanak2 akan lompat2 atas trampolin ni.. kl die x pandai lompat, lompat la bersama2 ngan die.. nanti die akan cuba ikut. lompat2 ni akan bagi tekanan pada sendi paha, lutut, buku lali, segala sendi jari kaki, tulang belakang dan sebagai nye. maksudnye boleh improve proprioception jugak. nanti die dapat rasa bahagian badan yg die neglect sebelum ni.
6) home program
ni adalah aktiviti2 yg parents kene buat kat umah
- continue joint compresion and brushing technique hari2
- pimpin tangan kanak2 tu on the affected hand
- pakaikan gelang atau jam pada tangan yg affected
- selalu tepuk tgn.. so kanak2 tu akan guna affected hand mase tepuk
- galakkan kanak2 tu untuk guna tangan yg affected..
itu sajalah info yg boleh aku kongsi.. sebenar nye byk lagi, tp terlalu byk nak cite.. hihi, ape2 soalan boleh la tanya kat komen di bawah ye..
enjoy reading..