Selain Special School Program, centre betty juga masih menawarkan sesi one-to one.
Ape tu one-to-one (1:1)?
Sesi 1:1 adalah di mana 1 kanak-kanak akan menjalani sesi OT bersama 1 terapist. Atau juga boleh dikatakan individualize session.
Sesi ini sesuai untuk case/condition di mana kanak-kanak masih belum bersedia untuk join group activity or get involve in community. Contohnya anak-anak yang berumur antara 2bulan sehingga 3tahun . Mereka masih memerlukan terapi yang lebih terperinci dan focus yang spesifik yang melibatkan basic skills
Selain itu, case yang sesuai untuk 1:1 ini adalah, masalah fizikal seperti Cerebral palsy, baby Down Syndrom dan sebagainya. OT selama 1 jam akan dilaksanakan adalah memadai dengan kekerapan yang konsisten.
Journey of Occupational Therapist
I was born in 1987, graduated as Occupational Therapist in year 2010. In year 2017 I have my own pediatric center at Seri Kembangan to continue my pure journey as an Occupational Therapist (OT).
Saturday, January 18, 2020
Friday, January 3, 2020
Hi 2020, Im still an Occupational therapist
Assalamaualaikum
semua, lama betul tak menulis bloog ni.. Dah sembilan tahun blog ni, tak sangka
masih diberi rezeki kesempatan untuk menulis di sini pada tahun keramat 2020
Bismillah..
Tahun ini adalah tahun
ke4 betty buka centre milik perkongsian betty dengan my best friend, zatul.
Alhamdulillah, peningkatan anak2 ke centre kami semakin ramai, insyaallah
semakin besar tanggungjawab kami. Bukan mudah, tapi juga bukan susah. Semoga kami
terus cekal dan berusaha habis baik untuk anak2 syurga ini.
yes, we accepting special need kids. |
Program yang
kami tawarkan masih sama
1.School
program
Ade dua
sesi iaitu Pre-school (9.00am – 12.00 pm) dan After school (1.00pm – 4.00pm)
2. One-to-one
1 hour
basis treatment session untuk anak2 bawah 4 tahun dan juga yang mempunyai
masalah fizikal.
Kini staff
kami semakin ramai junior OT, pembantu anak2, dan juga driver. Insyaallah bilangan
junior Ot akan bertambah bytime mengikut keperluan atas nisbah 4 kanakkanak: 1
OT.
Ape-ape pon
semoga tahun ini kami diberi kesihatan yang baik, berurusan dengan orang
baik-baik, dan juga dipermudahkan segala urusan. Amiinn..
Tata,
semoga jumpa lagi dilain post. See u
Ape-ape pon
semoga tahun ini kami diberi kesihatan yang baik, berurusan dengan orang
baik-baik, dan juga dipermudahkan segala urusan. Amiinn.. Apa-apa nak tanya
sila whatsapp pada nombor di atas ya..
Wednesday, August 9, 2017
After a Long Journey
tahun ni masuk tahun ke 7 betty kerja sebagai Occuptional therapist (OT)
walaupun pada 2015 betty jadi lecturer cum clinical instructor, mlam dan weekend masih aktif sebagai OT.
tak pernah kenal penat lelah, tak pernah erti putus asa, tak pernah rasa rugi korbankan haroi minggu.
pada masa tu, tekad mahu praktis sebagai OT walaupon sibuk dengan mengajar di siang hari 5 hari seminggu. bukan ape, masa itu pengalaman. pengalaman itu melalui masa
so, pada januari 2017, betty dengan partner sama-sama korek tabung dan berbekalkan modal yang ade, dan lokasi yang sesuai kami sebulat suara membina empayar Ot kami sendiri iaitu
*sila klik gambar untuk direct ke google maps ya |
Sehingga hari ini, Alhamdulillahkami mendapat sokongan dari ibu bapa yang ingn mlihat anak-anak istimewa mereka develop in the way they are.
approach setiap anak-anak adalah berbeza, olh itu pendekatan one-to-one adalah amat sesuai di awal terapi
ape-apa pertanyaan bolehlah terus whatsapp ke no.tel betty 019-6493893
Wednesday, April 12, 2017
Galakkan Pertuturan Dengan Sensory Play
- Saya percaya sudah ramai ibu bapa telah mempunyai kesedaran tentang Messy Play ini. Kadang-kadang tanpa ibu bapa sedari,, kebanyakan aktiviti-aktiviti yang sudah dipraktikkan oleh anak-anak sememangnya messy play yang memang memberi pendedahan sensori kepada anak-anak di mana ia memberi impak positif terhadap perkembangan anak-anak semua. Tapi kali ini saya ingin menekankan topic ini untuk anak-anak yang lambat perkembangan samada dengan diagnos atau tanpa diagnos. Ia mungkin dapat dilihat seawal setahun setengah, contohnya tidak mempunyai perkataan yang mempunyai maksud apabila berkomunikasi. Selain itu, anak-anak tidak menunjukkan komunikasi sihat dan lebih cenderung tantrum apabila inginkan sesuatu.
1 Apa itu Sensory Play?
Sensory play ini juga dikenali sebagai “Messy Play”. Secara spesifiknya Sensory Play ini adalah salah satu pendekatan menggunakan cara bermain sambil itu melibatkan penglihatan, pendengaran, hidu, sentuhan, rasa, keseimbangan dan pergerakan. Sensory play ini amat diperlukan oleh semua peringkat umur kanak-kanak dan ia memberi peluang dalam membina komunikasi dan kosa kata. Beberapa cadangan Sensory Play ialah bermain dengan beras yang berwarna warni, pasta kering (yang belum dimasak), dan bermain air ( tuang, campur, dan memindahkan cecair dari satu bekas ke bekas lain). Mudahkan??? Semuanya ada di dapur anda. Yeayyy!!
2 Bagaimanakah Sensory Play boleh meningkatkan pertuturan?
Apabila kanak-kanak terlibat dalam sensory play, mereka akan menerima input dan belajar tentang persekitaran mereka. Seperti yang kita tahu, kanak-kanak memang bergantung kepada sensori input untuk belajar, sensory play member waktu yang ideal untuk memberi fokus terhadap pertuturan dalam konteks yang lebih bermakna, di mana sangat penting untuk mempelajari pertuturan di peringkat awal.
3 Bagaimanakah untuk menyediakan Sensory play?
Sensory play tidak semestinya kompleks dan memerlukan banyak bahan. Di sini saya ade beberapa cadangan bagaimana Sensory Play membantu.
Pertama – Meluaskan kosa kata (sesuai untuk kanak-kanak 18bulan dan ke atas)
Semasa Sensory Play, kita akan bercakap mengenai· nama bahan-bahan yang digunakan(tepung, beras, air dll)
Jika anak-anak sudah mula bercakap walaupun terhad satu atau dua perkataan, kita boleh selitkan sesi 'tunggu dan dengar' terhadap apa-apa yang keluar dari lisan mereka. Masa inilah mereka akan belajar banyak kosa kata.
Kedua- Main olok-olok
Kali ini,, kita akan bermain sambil berdialog di mana masing-masing akan mempunyai watak dan peranan. Ia juga boleh dipraktikkan dengan bermain dengan model permainan. Contohya situasi BOMBA menyelamat rumah terbakar. Mereka akan bercerita dan mengeluarkan bunyi. Ia akan membentuk satu story line dalam fikiran mereka dan mula meluahkan melalui pertuturan.
Ketiga – Interaksi
Sensory Play ini memerlukan kanak-kanak bermain dengan kawan-kawan atau adik beradik yang hampir dengan usia mereka. Kali ini, mereka akan mempraktikkan kemahiran bertuturan dan secara tidak langsung akan mempelajari perkataan-perkataan yang baru. Adalah lebih baik kita memantau aktiviti ini bagi menekankan sikap sopan santun dalam berbahasa terutamanya sewaktu berkongsi, haruslah menunggu giliran dan meminta dengan cara yang baik.
Mudah bukan? Bagi kanak-kanak yang selari dengan perkembangan ,mungkin Sensory play ini sudah ada sewaktu mereka bermain, contohnya memijak rumput di padang, memegang pasir di halaman, bermain air sewaktu mandi dan sebagainya.
Walaubagaimanapun,, bukanlah yang lambat perkembangan itu tidak terlibat dalam Sensory play. Mungkin, Sensory play yang dipraktikkan tidak mempunyai struktur yang baik untuk mereka belajar. Maksud nya, memerlukan sokongan dan bantuan ibu bapa untuk mengajar mereka.
Ada juga anak-anak yang tidak selesa dengan bermain kotor, oleh itu mungkin galakan yang diberi oleh ibu bapa itu menjadikan mereka lebih terbuka untuk mencuba.
Apa-apa pun,, untuk spesifik terhadap masalah pertuturan bagi anak-anak yang jelas lambat dalam pertuturan haruslah mendapat nasihat dari beberapa pakar kerana masalah pertuturan itu adalah disebakan kurang tumpuan, masalah sensory dll. Hal ini harus menjalani beberapi ujian bagi mengenalpasti masalah sebenar. Anda bole hubungi doktor pediatrik, Occupational therapist dan juga terapis pertuturan.
Selamat maju jaya semua.
~nukilan teacher Betty~
SENSATION STATION OT CENTRE
Thursday, December 17, 2015
freeLanCe pHysioTheraPy
assalamualaikum,,
negara kita dah makin maju,
sejajar dengan perubatan yg makin mudah dan efisyen
berakhirnya tahun 2015 ni, genap lah 4 tahun aku menjalankan perkhidmatan freelance (locum) in occupational therapy, atau lebih di fahami homebased treatment therapy.
alhamdulillah, segala penat lelah sangat berbaloi,, bila kita dapat tengok progression pesakit yg makin positif dari hari ke hari.
selain ilmu,, kerja tu mestilah dari hati yg iklas..
insyaallah semua nya akan berjalan lancar..
sebelum ni aku hanya bergerak solo,
kini, pada tahun 2016 insyaallah ditambah lagi satu cabang freelance iaitu,,
bidang physiotherapy
jgn salah paham ye,, bukan nye aku ni occupational therapy nak buat keje physiotherapy, ok..
akan ade qualified physiotherapist yg akan menjalankan servis ni,...
so,, jangan risau .. pasti nya ia selamat dan mengikut procedur yg ditetapkan..
so,, jgn segan silu ntuk bertanya tentang servis ini dengan lebih lanjut..
betty: 019-6493893
Thursday, December 3, 2015
program semarak kasih 2015
ni first time aku join support group program
itu pon jadi pensyarah pengiring ntk pelajar2 kami jadi volounteer
tahun ni program ni sgt best sebab buat kat cameron highland..
so, leh la merasa jalan2 dgn bajet yg lebih murah
program ni sgt bagus..
sebab isertai oleh ibu bapa yg mempunyai anak2 syurga
so, program ini memberi suntikan semangat pada ibu bapa supaya jangan berputus asa dalam membesarkan anak2 syurga ni
disamping itu,, ibu bapa diberi peluang untuk bercti dimana anak2 istimewa akan dijaga oleh volunteer..
sementara anak2 dijaga,, anak2 ini akan menjalan kan aktiviti2 berfaedah yang dianjurkan oleh pihak penganjur dan dibantu oleh para volunteer..
seronok memang seronok program ni
kita dapt share pengalaman ib bapa dalam handling anak2 istimewa ini..
sepanjang 3 hati 2malam di sana,,
apa yg aku leh simpulkan di sini,,
mmg anak syurga itu istimewa,, dan itu lah jalan ke syurga untuk ibu bapa mereka..
2015
salam semua..
dah hampir penghujung ahun 2015 dah ni..
sampai blog pon xsempat update..
2015..
byk memory indah pada tahun ni
mungkin tahun ni adelah tahun yg luck bagi aku kot..
alhamdulillah syukur ya Allah
syukur kerana dipermudahkan urusan,
di beri jalan ke pintu rezeki yang lebih luas
bermula nye 2015,,
tirai dibuka 1/1/15 dengan kenduri kecil kecilan bagi majlis pertunangan aku ng si dia
walaupon mase tu di sambut dengan hati yg hiba kerna si dia baru sahaja kehilangan ibunda tercintanya 7/12/14.. beberapa hari sebelum pertunangan kami..
mase tu jugak la banjir besar menimpa negeri kelantan..
sehingga kan risau takut majlis pertunangan terpaksa dibatal kan gara2 jalan yg xleh dilalui untuk rombongan pihak lelaki..
tapi alhamdulillah,, semua nya selesai dan berjalan lancar..
perjalanan rombongan selamat datang dan balik.. dan cuaca yg panas2 manja pada hari tersebut..
syukur sgt2..
then, after 18 bulan bergelar full time freelance occupational therapy, aku dapat la keje sebagai pensyarah di PICOMS (Pusrawi International College Of Medical Sciences) pada april 15..
semuanya berjalan lancar,, alhamdulillah
sekarang ni hidup yg sibuk dengan kerja sebagai pensyarah cum pengajar klinikal di pusrawi.. weekend pulak masih menjalankan freelance occupational therapy..
ape2 pon,, semoga dipermudahkan semuanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Sensation Station OT for Kids - one to one session
Selain Special School Program, centre betty juga masih menawarkan sesi one-to one. Ape tu one-to-one (1:1)? Sesi 1:1 adalah di mana ...
-
yang mane satu??? nak biskut ke nak tin ???? hehe,, 1st mesti la beli sebab nak tin.. biskut tu leh la wat bekpes kan??? ...
-
Selain Special School Program, centre betty juga masih menawarkan sesi one-to one. Ape tu one-to-one (1:1)? Sesi 1:1 adalah di mana ...
-
lame nye tak berbelog.. tp rase nye xde sape pon tunggu update dari blog aku nih.. hihi.. anyway, just wanna wish good day to all...