Saturday, January 18, 2020

Sensation Station OT for Kids - one to one session

Selain Special School Program, centre betty juga masih menawarkan sesi one-to one.



Ape tu one-to-one (1:1)?

Sesi 1:1 adalah di mana 1 kanak-kanak akan menjalani sesi OT bersama 1 terapist. Atau juga boleh dikatakan individualize session.

Sesi ini sesuai untuk case/condition di mana kanak-kanak masih belum bersedia untuk join group activity or get involve in community. Contohnya anak-anak yang berumur antara 2bulan sehingga 3tahun . Mereka masih memerlukan terapi yang lebih terperinci dan focus yang spesifik yang melibatkan basic skills

Selain itu, case yang sesuai untuk 1:1 ini adalah, masalah fizikal seperti Cerebral palsy, baby Down Syndrom dan sebagainya. OT selama 1 jam akan dilaksanakan adalah memadai dengan kekerapan yang konsisten.




Friday, January 3, 2020

Hi 2020, Im still an Occupational therapist

Assalamaualaikum semua, lama betul tak menulis bloog ni.. Dah sembilan tahun blog ni, tak sangka masih diberi rezeki kesempatan untuk menulis di sini pada tahun keramat 2020

Bismillah..

Tahun ini adalah tahun ke4 betty buka centre milik perkongsian betty dengan my best friend, zatul. Alhamdulillah, peningkatan anak2 ke centre kami semakin ramai, insyaallah semakin besar tanggungjawab kami. Bukan mudah, tapi juga bukan susah. Semoga kami terus cekal dan berusaha habis baik untuk anak2 syurga ini.

yes, we accepting special need kids.


Program yang kami tawarkan masih sama

1.School program

Ade dua sesi iaitu Pre-school (9.00am – 12.00 pm) dan After school (1.00pm – 4.00pm)

2. One-to-one

1 hour basis treatment session untuk anak2 bawah 4 tahun dan juga yang mempunyai masalah fizikal.

Kini staff kami semakin ramai junior OT, pembantu anak2, dan juga driver. Insyaallah bilangan junior Ot akan bertambah bytime mengikut keperluan atas nisbah 4 kanakkanak: 1 OT.

Ape-ape pon semoga tahun ini kami diberi kesihatan yang baik, berurusan dengan orang baik-baik, dan juga dipermudahkan segala urusan. Amiinn..
Tata, semoga jumpa lagi dilain post. See u


Ape-ape pon semoga tahun ini kami diberi kesihatan yang baik, berurusan dengan orang baik-baik, dan juga dipermudahkan segala urusan. Amiinn.. Apa-apa nak tanya sila whatsapp pada nombor di atas ya.. 

Wednesday, August 9, 2017

After a Long Journey

tahun ni masuk tahun ke 7 betty kerja sebagai Occuptional therapist (OT)
walaupun pada 2015 betty jadi lecturer cum clinical instructor, mlam dan weekend masih aktif sebagai OT. 
tak pernah kenal penat lelah, tak pernah erti putus asa, tak pernah rasa rugi korbankan haroi minggu.
pada masa tu, tekad mahu praktis sebagai OT walaupon sibuk dengan mengajar di siang hari 5 hari seminggu. bukan ape, masa itu pengalaman. pengalaman itu melalui masa

so, pada januari 2017, betty dengan partner sama-sama korek tabung dan berbekalkan modal yang ade, dan lokasi yang sesuai kami sebulat suara membina empayar Ot kami sendiri iaitu 



*sila klik gambar untuk direct ke google maps ya

Sehingga hari ini, Alhamdulillahkami mendapat sokongan dari ibu bapa yang ingn mlihat anak-anak istimewa mereka develop in the way they are. 
approach setiap anak-anak adalah berbeza, olh itu pendekatan one-to-one adalah amat sesuai di awal terapi

ape-apa pertanyaan bolehlah terus whatsapp ke no.tel betty 019-6493893


Wednesday, April 12, 2017

Galakkan Pertuturan Dengan Sensory Play



  •       Saya percaya sudah ramai ibu bapa telah mempunyai kesedaran tentang Messy Play ini.  Kadang-kadang tanpa ibu bapa sedari,, kebanyakan aktiviti-aktiviti yang sudah dipraktikkan oleh anak-anak sememangnya messy play yang memang memberi pendedahan sensori kepada anak-anak di mana ia memberi impak positif terhadap perkembangan anak-anak semua.  Tapi kali ini saya ingin menekankan topic ini untuk anak-anak yang lambat perkembangan samada dengan diagnos atau tanpa diagnos. Ia mungkin dapat dilihat seawal setahun setengah, contohnya tidak mempunyai perkataan yang mempunyai maksud apabila berkomunikasi. Selain itu, anak-anak tidak menunjukkan komunikasi sihat dan lebih cenderung tantrum apabila inginkan sesuatu.

1   Apa itu Sensory Play?
Sensory play  ini juga dikenali sebagai “Messy Play”. Secara spesifiknya Sensory Play ini adalah salah satu pendekatan menggunakan cara bermain sambil itu melibatkan penglihatan, pendengaran, hidu, sentuhan, rasa, keseimbangan dan pergerakan. Sensory play ini amat diperlukan oleh semua peringkat umur kanak-kanak dan ia memberi peluang dalam membina komunikasi dan kosa kata.  Beberapa cadangan Sensory Play ialah bermain dengan beras yang berwarna warni, pasta kering (yang belum dimasak), dan bermain air ( tuang, campur, dan memindahkan cecair dari satu bekas ke bekas lain). Mudahkan??? Semuanya ada di dapur anda. Yeayyy!!
2   Bagaimanakah Sensory Play boleh meningkatkan pertuturan?
Apabila kanak-kanak terlibat dalam sensory play, mereka akan menerima input dan belajar tentang persekitaran mereka. Seperti yang kita tahu, kanak-kanak memang bergantung kepada sensori input untuk belajar, sensory play member waktu yang ideal untuk memberi fokus terhadap pertuturan dalam konteks yang lebih bermakna, di mana sangat penting untuk mempelajari pertuturan di peringkat awal.
3         Bagaimanakah untuk menyediakan Sensory play?
Sensory play tidak semestinya kompleks dan memerlukan banyak bahan. Di sini saya ade beberapa cadangan bagaimana Sensory Play membantu.

Pertama – Meluaskan kosa kata (sesuai untuk kanak-kanak 18bulan dan ke atas)
Semasa Sensory Play, kita akan bercakap mengenai·        nama bahan-bahan yang digunakan(tepung, beras, air dll)
·        bagaimana rupa bahan-bahan tersebut (berdebu, cair, pekat,)
·        bagaimana rasa apabila disentuh? (lembik, basah)
·        bagaiman rasanya dengan lidah (untuk sesuatu yang boleh dimakan)?
·        bagaimana bau nya?
·        Bagaimana cara die bergerak (mengalir, baouncing, bergolek, dll)
·        Bagaimana bunyinya? (tiru bunyi itu dengan suara cth: shhuuuu, tik tik, dll)
·        Boleh juga diselitkan apakah perbuatan yang terlibat (kacau, tuang, meramas)
Jika anak-anak sudah mula bercakap walaupun terhad satu atau dua perkataan, kita boleh selitkan sesi 'tunggu dan dengar' terhadap apa-apa yang keluar dari lisan mereka. Masa inilah mereka akan belajar banyak kosa kata.
Kedua- Main olok-olok

Kali ini,, kita akan bermain sambil berdialog di mana masing-masing akan mempunyai watak dan peranan. Ia juga boleh dipraktikkan dengan bermain dengan model permainan. Contohya situasi BOMBA menyelamat rumah terbakar. Mereka akan bercerita dan mengeluarkan bunyi. Ia akan membentuk satu story line dalam fikiran mereka dan mula meluahkan melalui pertuturan.

Ketiga – Interaksi
Sensory Play ini memerlukan kanak-kanak bermain dengan kawan-kawan atau adik beradik yang hampir dengan usia mereka. Kali ini, mereka akan mempraktikkan kemahiran bertuturan dan secara tidak langsung akan mempelajari perkataan-perkataan yang baru. Adalah lebih baik kita memantau aktiviti ini bagi menekankan sikap sopan santun dalam berbahasa terutamanya sewaktu berkongsi, haruslah menunggu giliran dan meminta dengan cara yang baik.


Mudah bukan? Bagi kanak-kanak yang selari dengan perkembangan ,mungkin Sensory play ini sudah ada sewaktu mereka bermain, contohnya memijak rumput di padang, memegang pasir di halaman, bermain air sewaktu mandi dan sebagainya.
Walaubagaimanapun,, bukanlah yang lambat perkembangan itu tidak terlibat dalam Sensory play. Mungkin, Sensory play yang dipraktikkan tidak mempunyai struktur yang baik untuk mereka belajar. Maksud nya, memerlukan sokongan dan bantuan ibu bapa untuk mengajar mereka.


Ada juga anak-anak yang tidak selesa dengan bermain kotor, oleh itu mungkin galakan yang diberi oleh ibu bapa itu menjadikan mereka lebih terbuka untuk mencuba.


Apa-apa pun,, untuk spesifik terhadap masalah pertuturan bagi anak-anak yang jelas lambat dalam pertuturan haruslah mendapat nasihat dari beberapa pakar kerana masalah pertuturan itu adalah disebakan kurang tumpuan, masalah sensory dll. Hal ini harus menjalani beberapi ujian bagi mengenalpasti masalah sebenar. Anda bole hubungi doktor pediatrik, Occupational therapist dan juga terapis pertuturan.

Selamat maju jaya semua.

~nukilan teacher Betty~

     SENSATION STATION OT CENTRE

Thursday, December 17, 2015

freeLanCe pHysioTheraPy

assalamualaikum,,

negara kita dah makin maju, 
sejajar dengan perubatan yg makin mudah dan efisyen

berakhirnya tahun 2015 ni, genap lah 4 tahun aku menjalankan perkhidmatan freelance (locum) in occupational therapy, atau lebih di fahami homebased treatment therapy.

alhamdulillah, segala penat lelah sangat berbaloi,, bila kita dapat tengok progression pesakit yg makin positif dari hari ke hari.

selain ilmu,, kerja tu mestilah dari hati yg iklas..
insyaallah semua nya akan berjalan lancar..

sebelum ni aku hanya bergerak solo,
kini,  pada tahun 2016 insyaallah ditambah lagi satu cabang freelance iaitu,, 
bidang physiotherapy

jgn salah paham ye,, bukan nye aku ni occupational therapy nak buat keje physiotherapy, ok..
akan ade qualified physiotherapist yg akan menjalankan servis ni,...
so,, jangan risau .. pasti nya ia selamat dan mengikut procedur yg ditetapkan..

so,, jgn segan silu ntuk bertanya tentang servis ini dengan lebih lanjut..

betty: 019-6493893

Thursday, December 3, 2015

program semarak kasih 2015

ni first time aku join support group program
itu pon jadi pensyarah pengiring ntk pelajar2 kami jadi volounteer
tahun ni program ni sgt best sebab buat kat cameron highland..
so, leh la merasa jalan2 dgn bajet yg lebih murah


program ni sgt bagus..
sebab isertai oleh ibu bapa yg mempunyai anak2 syurga
so, program ini memberi suntikan semangat pada ibu bapa supaya jangan berputus asa dalam membesarkan anak2 syurga ni

disamping itu,, ibu bapa diberi peluang untuk bercti dimana anak2 istimewa akan dijaga oleh volunteer..
sementara anak2 dijaga,, anak2 ini akan menjalan kan aktiviti2 berfaedah yang dianjurkan oleh pihak penganjur dan dibantu oleh para volunteer..

seronok memang seronok program ni
kita dapt share pengalaman ib bapa dalam handling anak2 istimewa ini..

sepanjang 3 hati 2malam di sana,,
apa yg aku leh simpulkan di sini,,
mmg anak syurga itu istimewa,, dan itu lah jalan ke syurga untuk ibu bapa mereka..

2015

salam semua..

dah hampir penghujung ahun 2015 dah ni..
sampai blog pon xsempat update..

2015..

byk memory indah pada tahun ni
mungkin tahun ni adelah tahun yg luck bagi aku kot..
alhamdulillah syukur ya Allah
syukur kerana dipermudahkan urusan,
di beri jalan ke pintu rezeki yang lebih luas

bermula nye 2015,, 
tirai dibuka 1/1/15 dengan kenduri kecil kecilan bagi majlis pertunangan aku ng si dia
walaupon mase tu di sambut dengan hati yg hiba kerna si dia baru sahaja kehilangan ibunda tercintanya 7/12/14.. beberapa hari sebelum pertunangan kami..
mase tu jugak la banjir besar menimpa negeri kelantan.. 
sehingga kan risau takut majlis pertunangan terpaksa dibatal kan gara2 jalan yg xleh dilalui untuk rombongan pihak lelaki..
tapi alhamdulillah,, semua nya selesai dan berjalan lancar.. 
perjalanan rombongan selamat datang dan balik.. dan cuaca yg panas2 manja pada hari tersebut..
syukur sgt2..



then, after 18 bulan bergelar full time freelance occupational therapy, aku dapat la keje sebagai pensyarah di PICOMS (Pusrawi International College Of Medical Sciences) pada april 15..

semuanya berjalan lancar,, alhamdulillah

sekarang ni hidup yg sibuk dengan kerja sebagai pensyarah cum pengajar klinikal di pusrawi.. weekend pulak masih menjalankan freelance occupational therapy..

ape2 pon,, semoga dipermudahkan semuanya. 

Thursday, August 7, 2014

kids manner

assalamualaikum
selamat hari raya semua
maaf zahir bain dari betty
kosong kosong eh..

dah selesai pon cuti beraya di kampung,,
well dah settle 3 hari bekerja
alhamdulillah,, raya kali ni meriah semacam
sampai rendang, lodeh, ketupat nasi, ketupat palas, lemang, tapai, lodeh,, termasuk kuih raya 23  jenis habis..
alhamdulillah jugak,, sbb xde la membazir kan??

kali ni betty sedikit sebanyak nak memberi pandangan terhadap approach dalam mendidik anak2..
zaman betty kecik2 dulu,, ibu bapa semua nya tegas and garang..
rotan setiap rumah gerenti lunyai kat hujung sebab makan habuan kat betis anak bile buat salah
termasuk lah rotan kat umah aku dulu..
dengan tujuan mendidik anak2 dengan tegas dan disiplin
approach nye senang je..  3 steps

- kesilapan kali pertama : menegur dengan tegas, termasuk menerangkan sebab dan akibat
- kesilapan kali kedua: marah dan denda/hukuman cth nya: no tv for that nite, xleh kuar main sbb kene sapu laman dsb
- kesilapan kali ketiga : jeling dan rotan.. no bebel2

aku terkilan jugak lah, segelintir tetamu yg ade anak kecil lingkungan 2 - 12 tahun yang mmg poor behavior.. dengan erti kata lain mmg xleh duduk diam

sebagai OT, semua special kid aku akan terap kan sitting behavior dulu.. sbb mmg masalah kl xleh duduk ni.. cam mane nak makan?? cam ne nak belajar dalam kelas?? cam mane nak involve group and community?

sebagai tuan rumah,, nak tegur pon x sampai hati,,ibu bapa pulak,, main biar je anak2 membuas di rumah orang sampai pecah pasu, tumpah air atas karpet, pokok bunga sampai botak, flush toilet pecah.. dengan alasan,, 'biase lahh budak2'.. oiii,, kl budak budak  x kan nak tunggu tua baru nak didik?? pastu rumah org tu tempat untuk dirosakkan ke?? orang lain pon sayang rumah macan kamu jugak..

nak tegur anak bukan mase kat umah orang,, tp ajarlah anak sebelum pergi umah orang..
elok2 bertandang ke rumah sahabat handai untuk mengeratkan silaturrahim,, x pasal2 tuan rumah bengkak hati tengok itu ini pecah, tunggang langgang,, sofa dipijak2,, meja kaca diketuk2..

terus terang aku cakap,,kebanyakan anak yg datang memang x boleh duduk di kerusi wpon hanya 5minit.. mungkin x pernah di ajar adab ke rumah org mungkin..

kanak2 istimewa yg aku train lagi bagus sitting behavior and table manner dari budak ni

k lah.. itu sahaja coretan kali ini..

-tuan rumah yg kecik hati and dah banyak duit habis baiki itu ini-

Wednesday, July 16, 2014

occupational therapy: autism

Ini hanyalah coretan pendek



Ingin dikongsikan disini.. kanak2 berumur 4 tahun harus diberi pendedahan tentang pembelajaran dari segi persediaan untuk ke sekolah pada tahun yang berikut nya. Contohnya, tingkahlaku, disiplin, fokus dan tumpuan, motor halus dan motor kasar, socialization, mengenal objek ringkas, dan juga pertuturan. Dan yang paling penting adalah aspek tingkah laku dan tumpuan. Di mana kanak2 perlu berdisiplin dan mengikut arahan guru semasa di pusat asuhan. Itu sgt penting. Sebab apa? Sebab tumpuan dan tingkah laku perlu diterapkan pada umur sebegini agar kanak2 dapat memahami ape yg dipelajarai nati dengan lebih baik.



Kanak2 berumur 4 tahun hanya perlu tahu bersosial dengan adab yang baik, contohnya bersalaman dgn guru dan ibu bapa, bertutur dengan baik dan adab, mengucapkan terima kasih, bye bye, good morning, ucapan salam dan sebagainya.



Pengenalan huruf dan nombor bermula pada umur 5 tahun. Jadi, 4 tahun itu adalah waktu pendidikan lebih kepada moral dan EQ..



Saya terkejut bila di tanya oleh parent of 4 years old autistic child, "bila anak saya nak pandai buat tambah (operasi +)?? "Im speechless. Adakah patut saya tekankan pembelajaran matematik kepada kanak2 autisma berumur 4 tahun? Kerana setakat ini saya hanya menekankan mengira dengan turutan nombor yg betul dari 1-10, walaupon sepatutnya 1-5 sahaja.

Dont stress ur child so much pleaseee... jz follow normal development. In case of special need kids,, put the concern on what suppose they have to achieve during the respective age..

Sekian.. :)
Coretan occupational therapist

Sunday, May 25, 2014

BeTty'S DeSiGn






Assalamualaikum

Telekung daripada Betty's design ini dikeluarkan secara ekslusif dan terpeinci dari segi kehalusan jahitan dan juga kualiti setiap material yang digunakan.

Ciri-ciri telekung Betty's design:




  • jenis fabrik yang digunakan ialah kain jersey berwarna putih nila yang berkualiti gred AA dan tidak nipis
  • ianya ringan dah sejuk
  • fabrik ini senang cuci walaupon terkena sisa make up.
  • ia juga tidak mudah berbau
  • warna kebiruan kekal lama walaupun kerap dibasuh
  • lining dibahagian kepala sehingga ke bahu bagi keselesaan apabila dipakai tanpa anak telekung
  • potongan bentuk dan jahitan dimuka yg kemas dan rambut tidak akan keluar
  • dibahagian kepala pula dihiasi 3 jenis renda chemical untuk penampilan ekslusif dan kemas
  • renda 'chemical' yang berkualiti tinggi juga digunakan dibahagian bawah hujung telekung dan bahu untuk penampilan yang lebih anggun
  • kain yang cukup labuh (58 inci) bagi menjamin aurat tidak terdedah semasa menunaikan solat
  • fabrik jenis ini tahan lasak dan tidak mudah berbulu, sesuai untuk cucian tangan dan mesinjahitan yang dijamin kemas dan halus memberi kepuasan kepada para pelanggan

Harga: rm195 termasuk pos dan percuma beg ekskluif daripada Betty's design.


Harga istimewa ditawarkan bagi pelanggan-pelanggan terawal
Untuk tempahan, sila wassapp terus ke Betty :019-6493893

sila layari laman facebook Betty's Design: https://www.facebook.com/bettytohome











Wednesday, May 21, 2014

KemBaLi BerSiaRan

Bismillahirrahmanirrahimm..

fuhhh.. first entry for 2014
lama betol x berblog

current look... ;p

bukan ape.. 

pertama,, laptop x best nak gune sbb lama x format.. so dah x friendly ngan tuan die

kedua,, sekarang berkerja secara mobile ke sana ke sini.. roughly drive 150km -0km sehari.. bile balik dah xde mood nak on laptop yg x berapa nak friendly  tadi 

ketiga,, terlalu banyak mende nak cerita sampai malas nak citeee... hahahahah.. x lawak langsung

bulan mei ni dah masuk 8 bulan bekerja sendiri.. alhamdulillah berjalan lancar walaupon macam-macam kene tempuh.. banyak benda perlu belajar dalam bidang perniagaan, pengurusan, kaedah rawatan dan perkhidmatan terkini..

occupational therapist was my tittle since 2010, and now still the same tittle,, and insyaallah stay with this tittle..

berkhidmat seikhlas nye,, sejujurnya,, dan sebaik mungkin..

well,, ade project untuk keluarkan product sendiri nanti.. semoga dipermudahkan..





Thursday, October 10, 2013

ketaMaDuNan Kurun ke 19

skarg ni kurun 19 or kurun 20???
alamak!!!!


dulu kene basuh baju pakai tangan..
x larat baju banyak sangat,, aku dobi baju2 yang proper je la..
yang x proper tu jangan la buat bengong gi anta jugak..
kesian org dobi tu nak ngadap benda2 tu..
hahaha
but, still kene basuh baju gak..
pastu sidai..
kl hujan,, mula la baju jadi x best..
bilik jadi tpt sidai baju..
huh..

skrg ni satu keje aku dah senang..
sbb dah ade self-service laundry..
pada aku,, harga nya berpatutan..
senang,, jimat masa,, tugas pon x banyak..

basuh je.. bleh pilih 15kg, or 18 kg..
ade cucian air sejuk,, ade cucian air panas..
bleh pilih..
kl terlupa bawak sabun or softener,, jgn risau. ade vander machine beli sabun.. hahaha
xde coins??? xpe,, ade mesin tukar duit kat situ..
haaa.. senang x??
lepas cuci,, sumbat je dalam mesin pengering...
siapp..
balik lipat and susun dalam lemari jeee.
seminggu sekali basuh baju pon xpe sbb bleh basuh sekali harung je..

senang kan???







MeNuJu puNcaK..

hari ni 10/10/13..
genap la sepuluh hari bekerja sendiri..
alhamdulillah..
dengan izin Allah,, rezeki melimpah ruah dari hari ke hari..
yang penting,, niat hakiki mestilah membantu yang lebih memerlukan..
angka pendapaan bukan soal nya..
sesungguh nya Allah maha mengetahui hajat hat hambaNya..

well,,
hidup lebih teratur..
urusan lebih terurus..
pengurusan lebih sistematik mengikut idea sendiri..
wpon kerja sendiri,, sistem perlu teratur.
baru la leh bertahan untuk jangka masa panjang kan???

ari2 mesti ade je yg nak snap..
layannn..















ya Allah..
permudahkan lah segala urusan ku..

Tuesday, September 17, 2013

HaRi-haRi berBaki

assalamualaikum..
lame betol x update blog..
masih dengan alasan yang sama - busy.. hihi

setelah hantar surat resign,, hari terakhir aku adalah pada 30/9/13..
alhamdulillahhh..
berakhirnya hari aku 'di sini',, bermulalah hidup baru aku..
masih sebagai Occupational Therapist.. tetapi dalam concept yg berbeza..

1/10/2013 nati,, insyaAllah
aku akan bergerak secara solo membuat rawatan freelance dari umah ke rumah..
well,, bekerja cam ni rase nye hdup aku akan lebih teratur..
pape pon aku berpegang pada fokus aku..

FOKUS:
- tambah pendapatan
- flexible time (quality time for myself and my familyyy)
- more time with Allah (ade mase for Dhuha, and amalan sunat yang lain)
- more earnings,, so bleh la bayar loan lebih sikit..haha ohhh hutang!!! hutang!!
- plan for savings (marriage, umrah, haji :p)


semoga aku cekal dalam urusan ini and Allah mempermudahkan segala urusan ku..
pape pon have a simple life but precious - work more, get more..


Friday, August 16, 2013

raYee 2013

 tahun ni rase cam raya lebih bermakna..
wpon bulan puasa mmg banyak dugaan yang mencurah2..
pape pon alhamdulillahh,, dugaan dapat ditempuhi sehingga selesai..
:)
bile dikenang2 balik,, mase susah tu mmg naik darah sampai leh jadi darah tinggi..
bile dah settle,, kitorg leh duduk and gelak2 lagi..
kenangan tu menjadi manis bile kite tahu ade kah hikmah nye, 
dan memberi pengalaman dan pengajaran hidup yg bermakna 
 
pejam celik,, pejam celik,,
sekejap je dah nak habis puasa..
dah menghitung hari nak balik kg..
wpon balik kg sempat puasa 4 hari,, tapi bagi aku,, setibanya kat kg,, aku dah RAYA!!
happy sgt dapat jumpa mak n abah..
alhamdulillah,, rezeki lebih,, dapat la mak n abah merasa lebih sikit.. :)

raya kali ni cam biase la,, baju raya mesti x sempat siap..
hihi,,, aku x kesah pon,,
sebab tu lumrah anak tukang jahit.. hihi
xde baju baru pon aku tetap raya jugak.
agi pon tiap2 tahun aku beraya xde la perabis sgt untuk baju2 ni sume.. 

hari raya ketiga baru baju raya siap..
leh la pakai buat pergi kenduri kendara and ziarah sanak saudara..
well,, hari raya ketiga je leh keluar beraya..
kalau x,, tetamu and sanak saudara datang x putus2.
xpe,,, datang la ramai2.. lagi ramai lagi aku suka..
wpon penat kat dapur,, tp happy dapat jumpa sume yang dah lame x jumpa..




raya kali ni mungkin raya terakhir aku sebagai staff..
nest raya Insyaallah aku beraya sebagai BOSS.. aminn

ya Allah ya Tuhan ku,,
Limpahilah aku dengan rezeki mu,,
Limpahilah aku dengan rahmat mu,,
permudahkanlan segala urusan ku..
jauhilah aku dari kelalaian
jadilah aku jutawan beriman..
aminn..




Monday, July 29, 2013

Home-Based Occupational Therapy


briefly about the service..

rawatan mengambil mase biase nye 1 jam..
tetapi untuk kanak2 mase lebih kurang 45 minit hingga 1 jam lebih bergantung kepada keperluan masing2..
  • lebih 1 jam biase nye merangkumi terapi fizikal dan cognitive..
  • 45 minit plak adalah untuk bayi 6 bulan ke atas,, itu pon bergantung kepada toleration baby tersebut,, once baby dah penat, memang x leh paksa..
  • kurang 45 minit pulak untuk baby bawah 6 bulan contohnya, down syndrome, or premature baby yg perlukan rawatan touch therapy dan juga milestone development..
manakala untuk rawatan orang dewasa dan org tua,, sememangnya 1 jam.. 
kurang satu jam nati x sempat habis rawatan,, kl lebih sgt nati pak cik x larat plak..
kadang2 terlebih sehingga 1 jam 15 minit sbb termasuk waktu rehat antara 1 rawatan ke 1 rawatan yg lain..
activity fizikal ni agak penat sikit terumatamanya di kalangan warga emas..




maklumat lanjut,, boleh la hubungi cik betty ni: 012-3524252, 019-6493893 (wspp)..

tq. ;)






Sunday, July 28, 2013

fulltime FreeLance



home based therapy service, freelance occupational therapist, locum therapist, etc

saya menawarkan perkhidmatan merawat pesakit yang memerlukan rawatan occupational therapy / terapi carakerja di rumah,, sila hubungi saya 012-3524252, 0196493893(whatsapp)
available on weekdays 8am- 8pm.

menyediakan rawatan untuk condition:

kanak-kanak (pediatrics)
- autisme
- hyperactive/ ADHD / ADD
- dyslexia
- down sydrome
- cerebral palsy
- physical problem
- developmental delay
- etc

dewasa / orang tua (geriatrics)
- stroke
- parkinson
- dimentia/ alzheimer

harga mengikut package 1x seminggu dan 2x seminggu,, harga package lebih murah berbanding single session.

ape2,, call or sms or wspp untuk keterangan lebih lanjut ye.. :)

Tuesday, June 25, 2013

haPpY biRthDay tO mE iN aDvanCe!!


sambut awal sikit sbb befday aku jatuh pada bulan pose..
;)




muke kyg bekpes 4 pinggan..

semoga dipermudahkan segala urusan..
dilimpahi rezeki..
dan kehidupan yang sejahtera..
amin...

Sunday, May 26, 2013

May 2013

nampak nye entry aku ni sebulan sekali gamaknye..
yela,, xde isu nak share..
kl ade isu pon kekadang malas nak share..haha

minggu ni 3 hari berturut-turut cuti..
wahhhh,, cam lame sangat x cuti n rehat sambil bersantai..

24th may,, hari wesak... habis kan sume freelance yang ade minggu ni dalam hari ni..
well,, most of patient cancel pergi bercuti ler,, name pon musim cuti sekolah kan???

sabtu,, ptg baru kuar umah..
melawat naufallll...

naufallll
 
gi alamanda beli tiket wayang n makan NANDO'S (feveret aku yg mmg xleh disangkal lagi)

on d way gi nandos nampak belon cantik plak,, snap jap.. hihi
abaikan muka pucat itu,, bile dah nak malam,, muka dah mmg semakin pucat sbb malas nak touch up mekap lagi dah.. hehe

hamek kau,, half chicken aku makan.. sidelines?? share kawan punye.. hehe

sementara nak tunggu late nite show,, ape kate kite pergi jom heboh sempena hari belia..
yeeehaaa... punye la penat jalan sbb parking jauh..
adoiiii.. dari high heels sempat tukat flats la sbb x sanggup nak melangkah longkang n berjalan di permukaan yg x rata..



masuk balik alamanda for the movie show..
sempat tdur dulu dalam kete menunggu saat tiba..
hahaha..
tambah pulak tengah sakit kepala,, makan ubat n tdur jap..
movie pon start 12.50am..
yang datang sume muke bangun tdur..
cam bangun sahur plak.. hahah

citer ape lagi???? movie yang ditunggu2
faSt & fuRiOus 6 lerrr...
bestttttt.. 5 popcorn!!!!


x x x


Friday, April 26, 2013

whatTtt HaPppen??????

what happen???
lama aku x mencoret kat sini..
huh,, sgt lah sibuk ng career baru sekarang..
nak manage itu,, nak manage ini..
xpe,, sume tu berbaloi..

sebab,, ari2 aku akan jumpa QiQi (cara sebut : chiChi) yang sangat comel
keletah nye comel sangat..
dah la bile aku memetir kat budak2 kat situ,, die mesti datang peluk aku..
aduhaiiii,, mane hati x sejuk bile seorang budak yg sgt comel datang peluk kite supaya calm down???
nak marah pon x jadi..

well,, nak update sekarang ni sgt la x sempat..
hanya ade mase sikit je terluang untuk blog ni..
sekarang ni,, laptop bukan lagi untuk surfing..
laptop ni dah kembali kepada fungsi asal nye untuk buat keje.. hihi
dulu,, kl buke lapop,, mesti buke tenet and online..
sekarang ni buke laptop pon dah xde nafsu untuk itu lagi,, hahahaha

weekend nye plak,, mmg mase sgt pack..
sebagai pekerja sektor swasta,, sabtu kene la keje kan??
lepas keje,, sambung lagi freelance
7 kes sekarang ni agak hectic..
ade yang need treatment 2x seminggu..
pape pon,, aku buat yang terbaik untuk membantu mereka yg memerlukan..
cuba la sedaya upaya yang boleh..
kadang2,, bile tgk patient x sampai hati nak tolak kes tu..

semoga kita semua sihat walafiat diberi kudrat dan peluang untuk masa hadapan yg lebih baik..
semua itu datang daripada-Nya.. :)

daa

Sensation Station OT for Kids - one to one session

Selain Special School Program, centre betty juga masih menawarkan sesi one-to one. Ape tu one-to-one (1:1)? Sesi 1:1 adalah di mana ...